About Me

My photo
kulim / bandar baharu, kedah, Malaysia
s.i.m.p.l.e f.r.i.e.n.d.l.y.. lovely...hihihihihihihihi..

Friday, February 4, 2011

asas seni...

ASAS SENI REKA

  • UNSUR SENI
  • PRINSIP REKAAN
Unsur Seni Terdiri daripada :


Garisan
- Jalinan
- Warna
- Rupa
- Bentuk
- Ruang

A. Garisan
  • Garisan yang pelbagai rupa boleh menghasilkan pelbagai rupa, bentuk  atau objek.
  • Cantuman pelbagai garisan boleh menghasilkan pelbagai bentuk seperti bintang,  kotak,rumah dsb.
  • Dari sudut matematik, garisan ialah

                 i. Bila satu titik bergerak, garisan terhasil
                ii. Bila dua titik disambung garisan terhasil
  • Umumnya, garisan terhasil daripada percantuman titik-titik 


Jenis-
jenis Garisan:


  • Garisan mempunyai pelbagai sifat. Ianya memberi pengertian dan fungsi yang berbeza. Terdapat garisan tebal, kasar, halus, panjang,pendek, lurus, bengkok, terputus, berbulu dan sebagainya



Fungsi Garisan



Garisan berfungsi untuk menghasilkan jalinan, rupa, bentuk, ruang,   

ton dan pergerakan dalam sesuatu karya



B.WARNA

Warna
Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam sesuatu hasil karya. Warna mempengaruhi kehidupan manusia. Warna terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira manakala warna gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih.

Dalam seni visual warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan. Tujuan utama teori warna dipelajari adalah bertujuan memahami cirri-ciri warna dan cara mengaplikasikannya dalam aktiviti seni visual.
Warna dihasilkan oleh cahaya. Ia terhasil apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud.




warna alam

 warna asas
merah, biru,kuning

COOL COLOUR & WARM  COLOUR
contoh warna sejuk dan warna panas

MONOCHROMATIC 
COLOUR
warna monokromatik ialah warna sewarna iaitu warna dari kumpulan yang sama..


lukisan yang diwarnakan dengan tona warna dari kumpulan yang sama 


 ACHROMATIC 
COLOUR




b. Rupa
Rupa ialah sesuatu yang rata dengan permukaannya yang kosong dan bersifat 2 dimensi.Rupa terhasil apabila satu garisan bercantum kedua hujungnya

Jenis-jenis rupa
i.  Rupa positif dan negatif
ii.  Rupa geometri
Iii.  Rupa organik
Fungsi rupa
Ia berfungsi untuk menghasilkan corak, bentuk, ruang dalam sesuatu karya.


c. Bentuk
Bentuk memeperlihatkan seperti sebuah objek yang bersifat pejal, mempunyai isi padu dan wujud dalam ruang tiga dimensi
Jenis-jenis bentuk
•  bentuk konkrit ( objek-objek maujud yang dapat dilihat dan disentuh)
•  Bentuk ilusi ( objek-objek yang terdapat didalam gambar, lukisan, catan dan   
   komputer)
•  Bentuk organik ( objek-objek daripada alam semulajadi)
•  Bentuk geometrik  ( objek-objek buatan manusia )
d. Ruang:
Ruang adalah suatu jarak yang boleh diukur diantara imej-imej yang telah ditetapkan.
•Ruang dua dimensi mempunyai ketinggian dan kelebaran
•Ruang tiga dimensi mempunayi kedalaman, ketinggian dan
kelebaran
Jenis-jenis ruang
  • ruang nyata ( ruang yang sebenar)
  • ruang ilusi ( ruang yang dihasilkan melalui lukisan,
  • ruang yang dihayati secara visual)
Kedudukan ruang
  • Ruang hadapan( foreground)
  • Ruang tengah ( middle ground)
  • Ruang belakang ( background)
Fungsi ruang
- menunjukkan jarak diantara imej-imej uang dilukis
- menunjukkan perspektif.

Jalinan:
Ia adalah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek
Jenis-jenis jalinan
• jalinan sentuh ( yang boleh dilihat dan pegang- jalinan timbul)
•Jalinan tampak ( yang terdapat pada permukaan 2 dimensi yang tidak 
  dapat disentuh tetapi dihayati secara visual- hanya kelihatan)

Fungsi jalinan:
- menunjukkan konsep ruang/jarak didalam sesuatu gubahan
- menimbulkan keindahan seperti corak pada badan rama-rama dan 
  perhiasan jubin atau pada dinding rumah.
JALINAN DARI BENDA ALAM



kulit pokok

urat daun



jalinan objek buatan manusia [ tayar ]
  A.   Harmoni
Gabungan unsur-unsur seni yang sesuai dalam sesuatu gubahan atau rekaan untuk penghasilan
 Beberapa cara untuk menghasilkan prinsip harmoni:
-  Melalui susunan unsur rupa pada jarak yang sama
-  Melalui susunan rupa didalam keadaan yang      
    seimbang
                   -  Melalui penggunaan warna, rupa atau bentuk    
                      daripada jenis  yang sama
B.  B. Imbangan:
Terbahagi kepada 2 iaitu:
          i.        Imbangan simetri
          ii.       Imbangan tidak simetri
C. C. Kontra:
       Maksud kontra adalah bertentangan atau berlawanan.Tujuan kontra     
       adalah untuk menarik perhatian.

D.   Pergerakan:
Kesan pergerakan boleh dihasilkan dengan menggunakan unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk , jalinan, dan warna secara berulang-ulang atau bertindih

EPenegasan:
Ia adalah penumpuan kepada suatu idea atau tema yang ingin diketengahkan dalam sesebuah karya seni.
Penegasan boleh dihasilkan melalui penggunaan serta pengolahan unsur seni.

    F. Kepelbagaian:
Kepelbagaian dapat dihasilkan dengan menggunakan kelainan sifat unsur seni atau berbagai idea dalam satu gubahan.
Kepelbagaian boleh dicapai melalui kontra,elaborasi dan
penekanan

     G. Kesatuan:
Kesatuan menggabungkan unsur seni untuk menjadi satu
gubahan yang sempurna.Kesemua komponen itu adalah saling
melengkapi.
 





No comments:

Post a Comment

mencorak

mencorak
mencorak 'spider web' menggunakan teknik geseran tali.... eerrmmm mohd jasni murid tahun 5 ibnu khaldun... kreatif budaknya...

menggambar

menggambar
menggambar sepohon kayu dengan menggunakan teknik tiupan...

membentuk dan membuat binaan

membentuk dan membuat binaan
tahun 3 membentuk dan membuat binaan 'chicky family' cipp...cipp..cciippp...hihihihihiihih

mengenal kraf tradisional

mengenal kraf tradisional
mengenal kraf tradisional... membuat frame menggunakan teknik ayaman...