About Me

My photo
kulim / bandar baharu, kedah, Malaysia
s.i.m.p.l.e f.r.i.e.n.d.l.y.. lovely...hihihihihihihihi..

Saturday, December 19, 2009

jom try...

boring2 di petang sabtu...


Pernah tak kita tau sifat sifat kita, atau sifat-sifat kawan-kawan kita, orang yang kita sayang.
Bukan mintak percaya, cuma nak berkongsi jer… 


Kita hidup dengan 5 elemen.. logam, air, api, kayu dan tanah… dari elemen-elemen inilah, kita dapat merungkai sifat-sifat kita. Macam mana kita nak tau elemen kita?? Melalui tarikh lahir kita…


Jom kita cuba…
Macam mana ye nak dapatkan nombor kita ni… senang jer.. ikut cara di bawah.


cth: TARIH LAHIR PADA 04/03/2008
A B C D E F G H
0 4 0 3 2 0 0 8

I J K L
4 3 2 8

M N
7 1

O
8
A+B= I
C+D= J
E+F= K
G+H+ L
I+J= M
K+L= N
M+N= O (NOMBOR AKAR)


cuba laa…… nilai diri anda…


anda dalam kumpulan mana???


1=Anda merupakan Ketua atau pemimpin(kumpulan,keluarga,agama,kerajaan,persatuan,        dll),berani,tegas,mempunyai cita-cita tinggi,berkeyakinan diri,suka bebas. (LOGAM)


2=Mempunyai idea yg bernas,tidak mempercayai kebolehan diri,berfikir dulu sebelum berkata-kata,kuat bercakap,Pandai Berkata-kata,Menyanyi,Berpidato,Pensyarah, pedebat dan boleh dikatakan lebih banyak menggunakan vocal (suara). Contohnya Siti Nurhaliza.Penyayang,lembut hati,tidak suka bersendirian,suka menolong,suka buat kerja org lain,selalu fikir dan peka ttg perasaan org lain, (AIR)


3=aggresif,baran,kurang sabar,kreatif,suka bersosial,mudah mesra,pandai berjenaka,ceria,mudah bergaul,mempunyai kelebihan lisan dan perkataan yg boleh di gunakan dlm bidang penulisan dan lakonan.suka membuat sesuatu tapi jarang menghabiskan dan menyudahkan,suka melihat org lain gembira dan lakukan apa saja untuk melihat org itu gembira. (API)


4=Perancang yg bagus,bijaksana,degil,suka ikut cara yg tersendiri,mampu bersabar,tekun bekerja,suka kerja keras,suka melakukan tugas secara sendirian,sgt peka,mempunyai cita-cita tinggi,mudah tertarik dgn aktiviti luaran,keras hati,fikiran dan kehendaknya sukar di ubah. (KAYU)


5=Serba boleh,menceburkan diri lebih dari satu kerjaya dalam satu masa,amat berhati-hati,suka mencuba perkara baru,sikap ingin tahu,suka ambil risiko,bersemangat,mudah terpengaruh dgn perkara-perkara yg merugikan bakat,sentiasa sibuk mencari sesuatu peluang,mempunyai tenaga dan semangat yang kuat,mempunyai perasaan yg dirinya sentiasa dlm keadaan muda,degil,keras kepala,beremosi,pemarah. (TANAH)


6=mewakili kesenangan dan kekayaan,displin,teratur,tersusun,lebih menumpukan pada kesempurnaan diri sendiri,tidak suka sambil lewa dan kemalasan,cekap,degil,suka mengarah,terlalu mahukan ketepatan,suka buat kebajikan,suka membantu dan mejaga orang,romantik, tapi kebiasaannya org yang bernombor enam juga seorang yang family minded,cuma perjalanan hidup yang di tempuh agak susah dan mencabar. (LOGAM)


7=Nombor bertuah,Suka berfikir,suka kesempurnaan,penganalisa,menerima sesuatu jika ada fakta,belas kasihan,suka membantu,minda yg baik,suka mencari dan menyelesaikan sesuatu perkara yg tersembunyi,suka berahsia,suka mempersoalkan tetapi tidak suka di soal,gemar memberi contoh dan teladan yg baik.sangat berpengetahuan,penyelidik yg baik,banyak pengikut, (AIR)


8=Berkebolehan mengurus sesuatu institusi,sibuk melihat dan mencari-cari sesuatu,sering      tertekan,tabah,waras,adil,berterus terang,penilai yg baik,tegas,Kuat bekerja/belajar,mempunyai perancangan yg hebat. (API)


9=Cintakan sesama manusia,suka menolong org,bersifat gagah,boleh dipercayai,boleh di harap,menanggung beban tanpa sunggutan,tekun,berusaha,boleh menghiburkan org lain,suka berahsia,tamak,suka mengharapkan ganjaran,kurang bersimpati,tiada tolak ansur,tidak sensitif terhadap perasaan org lain,imiginasi yang baik atau kreatif,penghibur. (KAYU)

Wednesday, December 16, 2009

jom kita buat kuda kepang..hihii kuda kepang aduhh...kuda kepang.. ok enjoy!!

hii...ermmm...boring??
tak tau nk buat apa petang2 nih??
haaaa jom la...kita luang kan masa dengan adik2 atau anak2 saudara yg penuh seisi rumah tuh.... dengan menghasilkan boneka kuda kepang.... nih, 
TAJUK  : BONEKA KUDA KEPANG
TEKNIK : KOLAJ
daripada kita layan  zZzZZzzzZZzzz ada jugak aktiviti yang boleh di 'apply'kan pada bebudak nih.... dapat juga faedahnyer.... betul x??? jom kita lihat cara2/proses bg menghasilkan kuda kepang kita....



LANGKAH 1
bahan-bahan :
1. sediakan kertas warna dan kertas bercorak
2. gam dan gunting
3. pensil



 LANGKAH 2
lukiskan rupa bentuk kuda kepang di atas kertas
macam nih..!!



LANGKAH 3
guntingkan rupa bentuk kuda kepang yang kita lukiskan tadi...
gunting hati-hati ya....jangan sampai terluka jari..hihihih








LANGKAH 4
haaa masa ni la kita tunjukkan bakat masing2...
gunakan kertas warna atau kertas bercorak untuk dilekatkan di atas badan boneka kita nih..
kalau x ada kertas warna kita gantikan dengan tissu ke..kulit telur ke...atau apa2 bahan yang sesuai..
lakukan seperti gambar di atas nih....
lekatkan mengikut citarasa/kreativiti masing2... lekat bagi kemas tau...
kenapa kena bagi kemas???? sebab hasilnya nanti akan bertambah menarik dan bersih...


LANGKAH 5
ha...dah siap pun teknik tampalan kolaj kita nih....
seterusnya....sediakan pita pelekat,
 lidi/chopstik/pensil pun boleh....


LANGKAH 6
terbalikkan kuda kepang tadi...
letakkan liidi/chopstik/pensil seperti gambar nih...
lepass tu...gunakan pita pelekat dan lekatkan seprti gambar...



haaa....dah siap... comelkan???


......jom kita tengok kawan-kawan kita buat...



khusyuknya...


sukanya...



ha....siap pun....hihihihih
selamat mencuba.....


Tuesday, December 15, 2009

laaallaaaallaaaalaa....life so sweet


asalamualaikum.. dan salam ceria...
alhamdulillah....kita masih lagi bernafas untuk menikmati alam ciptaan illahi nan indah bagi sama-sama meneruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi untuk mencari ketenangan dan membuat persediaan untuk dijadikan bekalan di sana kelak....
ok...mukadimah saling ingat mengingati....pada diri sendiri...
errmm....cuti2 nih banyak pulak orang mendirikan masjid dan mengeratkan siraturrahim sesama insan 
alhamdulillah..... bagi kita yang dapat jemputan kenduri tuh....ingat2 la....makan jangan ikut nafsu...k.. jaga kesihatan diri  kalau sakit sapa yang susah kita jugak kan???? ihihihi  kebetulan dok cerita bab jaga kesihatan... jom saya nk kongsi serba sedikit tentang cara dan adab rasulullah makan.... lepas nih bolehla kita sama-sama praktikkannya... amalan yang baik kan.... tak salah kita kongsi.... walaupun x dapat buat semua sikit pun memadai betul tak???


Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

errmmm..... ok saya pun nk siap2 p kenduri....
ok... salam sayang ~darlingliana~










Saturday, December 12, 2009

sahabat...


sahabat,
semalam rasanya....kita baru saja berkenalan....
menjejakkan kaki di dunia yg penuh dengan ilmu yang bakal kita terokai...
dengan berbekalkan azam dan semangat kita tekadkan hati...
sebulat suara memperjuangkan warisan seni anak bangsa...untuk menjadi pendidik yang berilmu dan penuh semangat juang.....

sahabat,
beratnya amanah perlu kita galas...tidak akan kita persiakan...
insyaALLAH..
itu janji kita....pada diri,
pada agama
nusa dan bangsa...

sahabat,
setelah setahun kita menyulam pelbagai rasa...
setelah setahun kita menimba pelbagai ilmu...
dan...pelbagai rintangan serta dugaan telah kita tempuhi dengan sabar..

sahabat,
masih ingatkah dikau..??
dari awal bermulanya episod kita di institusi ini???
mukadimah kita dimulai dengan minggu suai kenal...
dipertengahannya kita di uji dengan peperiksaan
dan dihujungnya kita akhiri dengan KISSM dan temuduga SPP..
pantaskan....masa berlalu meninggalkan kita??

sahabat,
dimanakah tanah bumi yang bakal kita jejakkan kaki selepas ini???
di bumi kenyalangkah???..atau..
di tanah peribumikah?? atau...
atau....??? persoalannya tidak mampu kita rungkaikan....

sahabat,
bersamalah kita bersujud pada-Nya..
mohon kita dipermudahkan segala...
menjadi pendidik yang cemerlang di dunia dan di akhirat...
amin...Ya Rabbal'alamin...









mencorak

mencorak
mencorak 'spider web' menggunakan teknik geseran tali.... eerrmmm mohd jasni murid tahun 5 ibnu khaldun... kreatif budaknya...

menggambar

menggambar
menggambar sepohon kayu dengan menggunakan teknik tiupan...

membentuk dan membuat binaan

membentuk dan membuat binaan
tahun 3 membentuk dan membuat binaan 'chicky family' cipp...cipp..cciippp...hihihihihiihih

mengenal kraf tradisional

mengenal kraf tradisional
mengenal kraf tradisional... membuat frame menggunakan teknik ayaman...