About Me

My photo
kulim / bandar baharu, kedah, Malaysia
s.i.m.p.l.e f.r.i.e.n.d.l.y.. lovely...hihihihihihihihi..

Wednesday, September 16, 2009

hari....hari...terakhir di skkkupang............

hari....hari...terakhir di skkkupang............
mcm..mcm rasa ada...

HAPPY....
sbb....dh habiss praktikum...boley raya...

SEDEY...
sbb...dah mula rasa sayang....ngn adik2 murid kat sini..[anak2 murid daa...]
senang ajaq sbb mmg KEBANYAKKANNYA....berminat dengan SENI...

TERHARU....
sbb...dapat kadraya hasil tangan murid2... dapat hadiah.... n dapat duit raya lagi....
huhuhuhuhuhuh


KAD RAYA


tersentuh hati baca kad raya dari farhan.....

kad n duit raya...
baru prasan ada duit raya dalam sampul nih...

kad raya dari FARHAN murid tahun 4 IBNU KHALDUN
CoMmMeeyy kann??



aktiviti mengenal kraf tradisional
kelas 3 IBNU KHALDUN


NK BERGAMBAR DENGAN CEKGU HABIS HABISAN....
nih la... aiman n irfan

aksi2 pahlawan 3 ibnu khaldun

Sunday, September 13, 2009

jom kita buat boneka 'cute tiger' aauummmm....

jom kita buat boneka 'cute tiger'...aaauuuummmmmm
huhuhuhu,,,,teringat biskut tiger la plak....hahahha
ok....



inilah hasilnya.....comeyy kan????

dah habis gunting....semua sampah2 yg kita guntingkan td...
masukkan / sumbatkan ke dalam sampul...
tapi ingat sampah td renyuk2kan tau... kalau x leper jer...badan harimau tuh nanti..
time nih lah kita boley tengok betapa sampah tuh amat berguna....
sibuk bebudak niih p cari sampah....hihihihihih
x caya tryla...

warnakan tiger ....dan juga sampul surat
[ sampul warnakan seperti warna belang harimau...]
setelah selesai mewarna...guntingkan bahagian muka...tapak kaki... dan ekor....
mcm gambar nih..

bahan dan alatan....
a] sampul surat
b] gambar tiger dan tapak kaki
c] gam,gunting,stappler
d]kryon
e]maker pen

tapak kaki


gambar tiger

Friday, September 11, 2009

PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH..

KONSEP ASAS SENI REKA

UNSUR SENI DAN PRINSIP SENI

I UNSUR SENI

* Garisan, Jalinan, Warna, Rupa, Bentuk, Ruang

II PRINSIP REKAAN

Harmoni, Kontra, Pergerakan, Penegasan, Imbangan, Kepelbagaian, kesatuan

UNSUR – UNSUR SENI

A. Garisan

- Garisan yang pelbagai rupa boleh menghasilkan pelbagai rupa,bentuk atau objek.

- Cantuman pelbagai garisan boleh menghasilkan pelbagai bentuk seperti bintang, kotak,rumah dsb.

- Dari sudut matematik, garisan ialah

i. Bila satu titik bergerak, garisan terhasil

ii. Bila dua titik disambung garisan terhasil

- Umumnya, garisan terhasil daripada percantuman titik-titik

Jenis-jenis Garisan:

Garisan mempunyai pelbagai sifat. Ianya memberi pengertian dan fungsi yang berbeza. Terdapat garisan tebal, kasar, halus, panjang, pendek, lurus, bengkok, terputus, berbulu dan sebagainya

Fungsi Garisan

Garisan berfungsi untuk menghasilkan jalinan, rupa, bentuk, ruang, ton dan pergerakan dalam sesuatu karya.

B. Rupa

Rupa ialah sesuatu yang rata dengan permukaannya yang kosong dan bersifat 2 dimensi.Rupa terhasil apabila satu garisan bercantum kedua hujungnya.

Jenis-jenis rupa

i. Rupa positif dan negatif

ii. Rupa geometri

Iii. Rupa organik

Fungsi rupa

Ia berfungsi untuk menghasilkan corak, bentuk, ruang dalam sesuatu karya.

C. Bentuk

Bentuk memeperlihatkan seperti sebuah objek yang bersifat pejal, mempunyai isi padu dan wujud dalam ruang tiga dimensi

Jenis-jenis bentuk

Bentuk konkrit ( objek-objek maujud yang dapat dilihat dan disentu

Bentuk ilusi ( objek-objek yang terdapat didalam gambar, lukisan, catan dan komputer)

Bentuk organik ( objek-objek daripada alam semulajadi )

D. Ruang:

Ruang adalah suatu jarak yang boleh diukur diantara imej-imej yang telah ditetapkan.

Ruang dua dimensi mempunyai ketinggian dan kelebaran

Ruang tiga dimensi mempunyai kedalaman, ketinggian dan kelebaran

Jenis-jenis ruang

§ Ruang nyata ( ruang yang sebenar)

§ Ruang ilusi ( ruang yang dihasilkan melalui lukisan,ruang yang dihayati secara visual)

Bentuk geometrik ( objek-objek buatan manusia )

Kedudukan ruang

§ Ruang hadapan( foreground)

§ Ruang tengah ( middle ground)

§ Ruang belakang ( background)

Fungsi ruang

- menunjukkan jarak diantara imej-imej uang dilukis

- menunjukkan perspektif.

n Dikaitkan dengan catan lanskap

n Menunjukkan suasana sesuatu yang jauh ke dalam pada permukaan dua dimensi

n Terhasil apabila adanya perbezaan jarak yang ditunjukkan melalui garisan, ton, warna dan lain-lain

n Menghasilkan perspektif

n Merujuk kepada satu ruang yang terdapat sebahagian objek yang hanya diwakili dengan bentuk-bentuknya, sehingga objek itu terhapus pada satu titik perspektif

E. Jalinan:

Ia adalah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek

Jenis-jenis jalinan

jalinan sentuh ( yang boleh dilihat dan pegang- jalinan timbul)

Jalinan tampak ( yang terdapat pada permukaan 2 dimensi yang tidak dapat disentuh tetapi dihayati secara visual- hanya kelihatan)

Fungsi jalinan:

- menunjukkan konsep ruang/jarak didalam sesuatu gubahan

- menimbulkan keindahan seperti corak pada badan rama-rama dan perhiasan jubin atau pada dinding rumah.


PRINSIP REKAAN

A. Harmoni

Gabungan unsur-unsur seni yang sesuai dalam sesuatu gubahan atau rekaan untuk penghasilan

Beberapa cara untuk menghasilkan prinsip harmoni:

- Melalui susunan unsur rupa pada jarak yang sama

- Melalui susunan rupa didalam keadaan yang seimbang

- Melalui penggunaan warna, rupa atau bentuk daripada jenis yang sama

B. Imbangan:

Terbahagi kepada 2 iaitu:

i. Imbangan simetri

ii. Imbangan tidak simetri

C. Kontra:

Maksud kontra adalah bertentangan atau berlawanan.Tujuan kontra adalah untuk menarik perhatian.

D.Pergerakan:

Kesan pergerakan boleh dihasilkan dengan menggunakan

unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk , jalinan, dan

warna secara berulang-ulang atau bertindih

E. Penegasan:

Ia adalah penumpuan kepada suatu idea atau tema yang ingin diketengahkan dalam sesebuah karya seni.

Penegasan boleh dihasilkan melalui penggunaan serta pengolahan unsur seni.

F. Kepelbagaian:

Kepelbagaian dapat dihasilkan dengan menggunakan

kelainan sifat unsur seni atau berbagai idea dalam

satu gubahan.

Kepelbagaian boleh dicapai melalui kontra,elaborasi

dan penekanan

G. Kesatuan:

Kesatauan menggabungkan unsur seni untuk menjadi satu gubahan yang sempurna.

Kesemua komponen itu adalah saling melengkapi.

F. Warna

Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam sesuatu hasil karya. Warna mempengaruhi kehidupan manusia. Warna terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira manakala warna gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih.

Dalam seni visual warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan. Tujuan utama teori warna dipelajari adalah bertujuan memahami cirri-ciri warna dan cara mengaplikasikannya dalam aktiviti seni visual.

Warna dihasilkan oleh cahaya. Ia terhasil apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud.

Warna:

Warna ialah tindakbalas visual terhadap gelombang cahaya yang dikenalpasti sebagai merah, biru, hijau dan lain-lain

Apabila cahaya putih menembusi prisma, spektrum warna-warna terhasil.

Jenis-jenis warna:

1. Warna Asas

( merah, Kuning , Biru )- Warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain

2. Warna Sekunder

( Hijau,Jingga, Unggu)- Warna yang dihasilkan daripada campuran dua warna asas

3. Warna Tertier

( Warna hasil campuran satu warna utama dan satu warna sekunder yang bertentangan/ campuran tiga warna utama




Thursday, September 10, 2009

SWEET PSV ROOM






diz our sweet PSV room created by masz n frenz

salam ramadhan dan salam aidilfitri.......

salam ramadhan dan salam aidilfitri pada semua rakan-rakan....
dikesempatan ini ku mohon jutaan kemaafan sekiranya....ada kesalahan yang sengaja atau tidak disengajakan....yg telah melukakan hati dan perasaan...
kalau yg sengaja tu.....melawak lebih kurang..... sorry la...
yg x sengaja tu.... aku hanya insan yang x lepas dari melakukan kesilapan........

mencorak

mencorak
mencorak 'spider web' menggunakan teknik geseran tali.... eerrmmm mohd jasni murid tahun 5 ibnu khaldun... kreatif budaknya...

menggambar

menggambar
menggambar sepohon kayu dengan menggunakan teknik tiupan...

membentuk dan membuat binaan

membentuk dan membuat binaan
tahun 3 membentuk dan membuat binaan 'chicky family' cipp...cipp..cciippp...hihihihihiihih

mengenal kraf tradisional

mengenal kraf tradisional
mengenal kraf tradisional... membuat frame menggunakan teknik ayaman...